CODA CAMP PDA / KEM JATI DIRI CODA PDA

Posted: 07/04/2009 in Information / Informasi, Programme / Program

Recently i was invited to help facilitate a CODA Camp in Penang, organised by Penang Deaf Association (PDA). Overall, it was a fun and productive camp for the participants. At the end of the day, they are eager to participate in future CODA Camps. Though there few hiccups but was solve and whole programme run smoothly.

I was told but CT (she’s the one organising and my god sister and mother to my god daughter) that she received an email saying the kids (KODA) was being abused by one of the facilitator. I would like to stress here that there no such things happen during the 3 days camo. We’re just instilling discipline among the kids. If it does happen, i don’t think i will just stand there and say nothing at all, then it is ridiculous. Some might say i say this because i’m close to CT, it’s an outrageous statement without knowing the fact.

Why some CODA / KODA were rude to their parents, yes i know. They didn’t really call out to their parents by saying dad or mom or papa or mama. They might just yell Hei!, Woi! and even just shout to get their parents attention. I would like to stress here that it is the people around us that didn’t educate and guide us properly. Even the closest family members does the same thing. There is where we learn from it. So don’t blame us for being not polite to our parents. But, as a adult CODA, i’m responsible to guide and teach the younger one on the dos and dons.

Anyway, good job to CT and PDA in organising the CODA Camp.

Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menjadi fasilitator di Kem Jati Diri CODA yang dianjurkan oleh Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang (PDA). Keseluruhannya, ia menyeronokkan dan berjaya. Pada akhir program, rata-rata peserta menyatakan keinginan menyertai kem CODA pada masa akan datang. Walaupun terdapat sedikit masalah namun ia dapat diatasi dan program berjalan dengan lancar.

Saya telah dimaklumkan oleh CT (beliau bertanggungjawab menganjurkan program ini, beliau adalah adik angkat saya dan ibu kepada anak angkat saya) bahawa beliau menerima emel yang menyatakan kanak-kanak (KODA) telah didera oleh salah seorang fasiltator. Ingin saya perjelaskan bahawa ia tidak pernah berlaku dan kami hanya ingin mendisplinkan mereka sahaja. Jika benar ia berlaku, tidak mungkin saya akan berdiam diri dan membiarkan sahaja. Mungkin mereka menyatakan bahawa saya hanya menyebelahi CT, kenyataan ini adalah tidak berfakta dan tidak bermoral.

Kenapa ada setengah CODA / KODA bersikap kurang ajar terhadap ibubapa mereka? Mereka tidak memanggil dengan panggilan ayah atau ibu dsb. Kemungkinan mereka menjerit atau memanggil dengan suara yang kuat seperi Hei! dan Woi!. Ini berlaku kerana orang disekeliling kita tidak mengajar dan membimbing kita dengan betul. Malahan saudara mara sendiri berbuat demikian, disitu lah kita belajar. Jangan sesekali menyalahkan kita kerana bersikap kurang ajar. Namun, saya sebagai CODA yang telah dewasa, maka menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka yang masih kecil.

Tahniah kepada CT dan PDA kerana telah berjaya menganjurkan Kem Jati Diri CODA.

Advertisement
Comments
  1. Ibu CT says:

    Thanks Goh diatas maklumat pemantauan yang telah dinyatakan dalam website ini, kalau web ini dapat disebarkan dan dikongsi bersama dengan lebih ramai orang pasti ada yang ingin tahu lebih lanjut tentang apa itu CODA. memang menjadi kebiasaan stiap program ada kelemahannya. memang penderaan itu tiada, hanya denda sedikit sahaja. itupun mereka terasa sebab sebelum ini mereka tida pernah dipukul atau dijentik oleh ibubapa mereka dirumah.

    Pada pandangan saya CODA adalah anak-anak yang unik, tapi didikan dan bimbingan adalah penting untuk membentuk mereka menjadi orang yang berguna dan akan membalas jasa Ibubapa mereka yang pekak apabila mereka dewasa kelak. Seharusnya Kem seperti ini harus dan perlu dilaksanakan disetiap negeri agar mereka sedar siapa mereka dan apa yang patut mereka lakukan dan apa yang patut mereka berubah.

    Website ini saya cadangkan ianya menjadi satu permulaan kepada semua CODA sebagai ruang untuk meluahkan perasaan, komen, dan idea.

    Tahniah sis, u teruskan dan hidupkan website ini dan sebarkan kepada semua CODA yang ada. OK:)

  2. antoo 3a-3a says:

    Sis Goh…thanks ats penjelasn yg diberikn ttg CODA yg dianjurkan oleh PDA…Sebnarnya sedih dan terkilan jugak sbb RUMAH DAH SIAP TAPI PAHAT MSH BERBUNYI…Bukn mudah untk menganjurkan sesuatu program, btol x? Apatah lg nk puaskan ati semua pihak. Bila dgar komen +ve rs penat lelah CT berbaloi jugak.. Bkn x bolh menerima komen -ve, tetapi komen yg diberikan spt nk menunding jari mencari kesalahan sahaja. Sepatutnya cari kenapa denda tersebut di kenakan, mengapa sesetengah orang sahaja yg dkenakan denda sedangkan org len x kna…Mungkin juga yg memberi komen -ve trleps pandang dgn nama program trsebut..KEM JATI DIRI..dan bknnya KEM ANK2 MANJA…Entahlah kesalahn org len memang CLEAR je nmnpk tp kesilapan dan tggngjwb sbgai anak CODA yg ibu bpa sendiri PEKAK x pulak dirisaukan. Saya sebagai org luar yg normal tidak mempunyai ibu bapa PEKAK @ saudara mara PEKAK amat sedih bila melihat sesetengah anak CODA tidak tahu brbahasa isyarat walhal mereka mempunyai reason yg cukup kuat untuk mempunyai kemahiran brbhs isyarat..samaada mereka sendiri yg TAK NAK @ ibu bapa sendiri yg x menggalakkan. Ye ke ibu bapa x menggalakkan? Kalau ye PELIK gak. sbb…Bila saya berisyarat dengan ibu bapa mereka yg PEKAK rncak jer..walhal saya normal..jd x ade bezanya saya dengan anak CODA..mengapa saya boleh berbual dengan hanya menggunakan isyarat sedangkn anak CODA x nak pulak…Kalau dari kecil x diasuh…x ditegur..x didisplinkan..nah!!!jadilah mcm segelintir ank2 coda REMAJA yg terkinja2..Kita x nak org luar menganggap memiliki ibu bapa pekak tidak dpt membtk perilaku anak2 CODA…ibu bapa pekak akan dilabelkan sebagai GAGAL dlm melaksanakn tanggungjwb mereka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s